mengiklankan peluang-peluang pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia terutama kepada mereka di Johor. Kemaskini setiap hari jawatan kosong sama ada dari kerajaan dan swasta. Setiap entri di taip berdasarkan iklan yang siarkan oleh pihak majikan.

Saturday, 4 March 2017

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)



Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang 
berkelayakan untuk mengisi jawatan - jawatan berikut :-

1. Kerani Pentadbiran Gred K1
2. Jurujual Gred K2

Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)

1. Kerani Pentadbiran Gred K1
Gaji Pokok : RM1095.00 sebulan 
Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM75.00 
Syarat Lantikan : (i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup  iklan jawatan;
(iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Bidang Tugas : (i) Membuka dan mendaftar fail baru unit dalam 
 keadaan baik ;
(ii) Mengemaskini fail induk unit dan fail individu penghutang
(iii) Menyedia dan menyemak surat dan memo rasmi.
Penempatan : Ibu Pejabat FAMA

2. Jurujual Gred K2
Gaji Pokok : RM 1,040.00 – RM 2,140.00 
Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan - RM75.00 
Syarat Lantikan : (i) warganegara Malaysia;
(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(iii) Memiliki Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan;
(iv) Memiliki 3 tahun pengalaman.

Bidang Tugas : (i) Boleh berkerja mengikut shift (7 Pagi – 11 Malam);
(ii) Boleh menyajikan makanan kepada pelanggan;
(iii) Kebolehan bekerja dalam pelbagai jenis tugas;
(iv) Bekerja sebagai Pembantu Kedai.
Penempatan : Kiosk Buah & Jus KLIA

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad Pengenalan, 
Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan. 
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan 
Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua 
Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.
(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul 
surat.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Permohonan hendaklah sampai kepada:
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA 
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor
Sebelum atau pada : 08 Mac 2017 ( RABU)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts