Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 10 Ogos 2017
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mnecari calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan MBJB terkini 2017.
Warganegara Malaysia yang berminat bekerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan berkelayakan dipelawa untuk memohon.
Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Terkini 10 Ogos 2017:
A. NAMA JAWATAN :
1. Arkitek Landskap J41
2. Arkitek J41
JAWATAN 1 – ARKITEK LANDSKAP GRED J41
(a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang
boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan
Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang
permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di
alamat www.mbjb.gov.my.
(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut
Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun
2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada _ 10 OGOS 2017 __
(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA
(Diploma/Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan; dan
(ix) gambar berukuran pasport terbaru.
dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
Tarikh Tutup Permohonan : 10 OGOS 2017
Tarikh Tutup Permohonan : 10 OGOS 2017
(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor
No comments:
Post a Comment